• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Sidang DUN : Nasib Perantau Terbela, Tidak Dipinggir

KUALA TERENGGANU, 18 November - Kerajaan negeri melalui Sekretariat Kepimpinan Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan yang telah ditubuhkan berperanan untuk memantau kebajikan golongan terbabit dan membela nasib mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata melalui penubuhan sekretariat berkenaan pada Februari 2020 pelbagai perancangan telah diatur termasuk mengadakan jelajah seluruh Malaysia membabitkan kepimpinan utama negeri.

"Namun ia hanya sempat diadakan di Johor bersama Menteri Besar,Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di mana untuk negeri-negeri lain ia terpaksa ditangguhkan kerana Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Namun begitu kerajaan mengambil langkah sepanjang berlakunya PKP dimana kerajaan meluluskan bantuan dua tahun berturut-turut dimana melalui persatuan anak-anak Terengganu pada tahun 2020 ketika mula-mula PKP dilaksanakan telah menyalurkan bantuan RM50,000.

"Manakala bagi tahun 2021 kerajaan telah menyediakan bantuan kewangan secara 'one-off'  menerusi bantuan Covid-19 2.0 pada pertengahan Jun dengan jumlah RM100,000 dimana sebanyak 500 keluarga  di seluruh Malaysia.

"Termasuk Sabah dan Sarawak terdiri daripada isi rumah yang berpendapatan rendah, kurang daripada RM3,000 setiap bulan telah menerima bantuan berkenaan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN PAS) Ajil, Maliaman Kassim pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Belas (Bajet) di Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Pada tahun hadapan katanya, kerajaan berhasrat menganjurkan suatu program khusus untuk mengadakan pertemuan dengan perantau seluruh negara.

"Kita akan adakan mengikut zon bagi memberi penerangan berkenaan kejayaan yang telah dicapai melalui inisiati yang telah dilaksanakan oleh kerajaan menerusi kerjasama agensi yang ada," katanya.

 


Tag: