• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Sidang DUN : RM17 Juta Tabung Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

KUALA TERENGGANU, 15 September - Kerajaan Negeri Terengganu memperuntukkan sebanyak RM17 juta melalui Tabung Pinjaman bagi pembinaan rumah di atas tanah sendiri bagi tahun 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, justeru ia melengkapkan lagi manifesto Kerajaan Pas Terengganu yang dijanjikan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

"Bagi tahun 2021 sahaja, RM17 juta akan dikeluarkan oleh Tabung Pinjaman bagi pembinaan rumah di atas tanah sendiri.

"Manakala bagi tahun yang akan datang, RM15 juta atau 30 peratus daripada peruntukan semasa yang diluluskan akan digunakan bagi tujuan berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Alias Harun (Pas-Rantau Abang) pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-14, hari ini.

Teks jawapan dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah mewakili Alias.

Dalam perkembangan sama, tambahnya, tiada kuota mengikut daerah bagi pinjaman perumahan berkenaan.

"Tiada kuota mengikut daerah, hanya mengikut kelayakan pemohon di dalam E-Perumahan berasaskan E-Perumahan Rumah Mampu Milik (RMM) dan Skim Pinjaman Perumahan Terengganu.

"Serta mereka memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam skim berikut," jelasnya.


Tag: