• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

SKMM Pantau Perkhidmatan Liputan, Elak Gangguan Berulang



Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia(SKMM)sedang memantau perkhidmatan liputan komunikasi di seluruh negeri Pantai Timur bagi menyelesaikan isu gangguan perkhidmatan yang melanda baru-baru ini.

Timbalan Menterinya,Dato' Jailani Johari berkata penyedia perkhidmatan komunikasi seperti Celcom, DiGi, Maxis, UMobile sedang menjalankan kerja-kerja penaiktarafan sistem rangkaian dan perkhidmatan komunikasi bagi memberi kadar liputan yang terbaik.

Jelasnya lagi kebanyakan kerja-kerja penaiktarafan telah selesai dan berfungsi termasuklah penaiktarafan sistem 2G kepada 3G manakala kerja-kerja lain masih diteruskan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang AidilFitri.

"Ini termasuklah penaiktarafan kapasiti utk perkhidmatan suara dan data,mengoptimumkan sistem untuk peningkatan prestasi sistem pemancaran

"Untuk lokasi tertentu seperti kawasan rehat & rawat (R&R),jalan-jalan utama,lebuhraya dan bandar-bandar utama,pemasangan unit-unit bergerak ‘Cellular on Wheel (CoW), pico BTS, micro BTS, RAN sharing Multiple Operator (RAMO) jenis 2G, 3G, LTE sedang giat dilakukan,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat Setempat di Masjid Tok Randok,Ajil,hari ini.

Tambah Jailani lagi,pihak penyedia perkhidmatan komunikasi juga sedang menyemak situasi liputan/kualiti di lokasi-lokasi yang tiada isu liputan dan berkecukupan kapasiti seperti R&R.

"Malah saya dimaklumkan mereka sentiasa bersiapsiaga dengan pasukan dan peralatan yanhg cukup bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang tempoh perayaan nanti,"katanya.

Sementara itu,menyentuh tentang kewujudan versi palsu al-Quran dan Hadis yang ditularkan melalui media sosial, pihak SKMM akan merujuk perkara berkenaan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) untuk penelitian lanjut kerana SKMM tiada kepakaran atau bidang kuasa khusus dalam urusan berkenaan.

" Namun pihak SKMM akan memberikan bantuan teknikal sekiranya diperlukan.
Justeru pihak pengguna adalah disarankan agar merujuk kepada aplikasi yang dibangunkan oleh pihak JAKIM seperti e-Hadith bag menyemak silang ‘cross check’ hadith-hadith yang mencurigakan.

"Dalam masa yang sama pihak SKMM juga sedang membangunkan aplikasi bertujuan mempermudahkan semakan keaslian teks al-Quran melalui kerjasama dengan pihak JAKIM,"kata Jailani lagi.


Tag: