• 29 Nov 2021 | 23 Rabiul Akhir 1443

Skuad Ehsan Cakna Wanita Luar Bandar

DUNGUN, 11 April- Badan Bukan Kerajaan (NGO) Skuad Ehsan sangat mengambil berat wanita luar bandar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang yang sememang memerlukan perhatian. 

Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Rugayah Mahmood berkata, pihaknya menyedari kepayahan wanita hari ini terutamanya ibu tunggal yang terpaksa mengalas tanggungjawab keluarga seorang diri. 

"Bilangan sangat ramai di DUN ini yang memerlukan satu NGO untuk berperanan membela mereka, jadi dengan program yang diatur, kami cuba meringankan beban mereka, bukan sahaja beban material tetapi juga spiritual," jelasnya. 

Beliau yang dihubungi pemberita turut menjelaskan tentang program terbaharu NGO yang berlangsung di Dewan Serbaguna  Kampung Paya Kemudi. 

Program Ambang Ramadan itu telah mengumpulkan 37 orang penerima yang terdiri daripada wanita yang tergolong dalam asnaf. 

Majlis turut diserikan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Munif Mohd Amin sebelum penyampaian sumbangan yang berupa telekung sembahyang dan juga barangan keperluan harian. 

ADUN Rantau Abang yang telah merasmi dan menyampaikan sumbangan tersebut turut berharap agar kehadiran Ramadan kali ini dapat diimarahkan dengan sebaik mungkin. 

"Rebutlah peluang untuk menunaikan solat terawih dan latih anak-anak agar berpuasa yang sebenar," ujarnya. 


Tag: