• 13 Mei 2024 | 5 Zulkaedah 1445

Sokongan Komuniti Bantu Pulih Penagih Dadah




Masyarakat diseru agar mengubah persepsi terhadap mangsa najis dadah dan bersama membantu merawat mereka.

Usaha itu perlu  dan amat penting biarpun mencari kaedah terbaik bagi merawat penagihan dadah menjadi cabaran bukan sahaja di Terengganu malah di  Malaysia dan di negara lain di seluruh dunia.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembanguban Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Mohd Iskandar Jaafar,  berkata kajian yang dilakukan terutama di luar negara mendapati pemulihan dalam komuniti memberi hasil yang lebih baik kepada pengguna dadah kerana mereka melalui pemulihan secara holistik.

“Ini akan membantu meningkatkan keyakinan diri seorang penagih yang menjalani rawatan dan merasakan mereka sebahagian daripada masyarakat, " katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan peringkat Negeri Terengganu 2018 di Perpustakaan Awam Negeri , Kuala Terengganu, semalam.


Seruan ini disokong oleh Timbalan Penolong Pengarah Bahagian Kesedaran Awam Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Nazri Muhammad yang turut menegaskan, ia merupakan satu usaha yang dilakukan AADK dalam menghapuskan dadah dalam masyarakat.

"Tema Komuniti Kita, Tanggungjawab Kita' untuk tahun ini sebagai usaha untuk mendekati komuniti supaya turut membantu mangsa najis dadah.

"Di negeri ini, kami menyasarkan keluarga dan komuniti dalam kempen perangi dadah," katanya.

Melalui tindakan dan pendekatan AADK, Terengganu mencatatkan penurunan 16 peratus penagih baru sejak kempen dilaksanakan pada 2016.


Tag: