Solat Penyelamat Masyarakat

Oleh : Aqilah Mohd Jafri

MARANG,  9 Februari - Masyarakat diseru supaya mengambil berat persoalan solat kerana rukun Islam kedua itu adalah tiang agama.

Timbalan Pengarah Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) Wan Ahmad Zuki Wan Ismail berkata, masyarakat hari ini sedang tenat dengan pelbagai permasalahan sosial. 

“Dengan memperbaiki tiang agama iaitu solat dapat menjaga kesejahteraan masyarakat kita,” ujarnya.

Beliau bercakap demikian ketika kempen penerangan di Pasar Pekan Bukit Payong bersempena Bulan Penghayatan Ibadah Solat.

Menurutnya, Kerajaan Negeri Terengganu telah menjadikan bulan Rejab sebagai Bulan Penghayatan Ibadah Solat bermula 2019 dan diteruskan sehingga kini. 

"Sebagai rasional memupuk kesedaran kepada umat Islam khususnya mengenai kepentingan menghayati ibadah solat, 

" Peristiwa Israk Mikraj membuktikan tanda kebesaran kuasa Allah SWT dalam pensyariatan ibadah solat yang menghubungkan seorang hamba dan penciptanya," katanya lagi.


Tag: