• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Speaker DUN Terengganu Kunjung Hormat MB Melaka

Oleh: Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU, 22 Julai - Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN)  Terengganu, Dato’ Yahaya Ali mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali di Seri Negeri di sini baru-baru in .

"Alhamdulillah kunjungan hormat pada petang ini sangat bermakna. Kami berpeluang berbincang berbagai topik dalam usaha mengeratkan kerjasama di antara kami khususnya melibatkan hal ehwal DUN," ujarnya ketika mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Menteri Melaka.

Hadir sama, Presiden Persatuan Anak-Anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU) Melaka, Dr Azlan Abd Aziz.

Mesyuarat Jawatankuasa Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA).

Menurutnya, kunjungan tersebut adalah kali pertama bersempena dengan Mesyuarat Jawatankuasa Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA).

"YAB (Yang Amat Berhormat) Ketua Menteri sangat mesra dan saya fikir kita mempunyai ruang yang luas untuk meneruskan kerjasama.

"Insya-Allah saya sudah sampaikan jemputan kepada beliau untuk melawat negeri Terengganu secara rasmi," ujar beliau.

Yahaya menambah, perantau Terengganu juga diharap memberikan kerjasama yang baik kepada Kerajaan Negeri Melaka.

"Yang paling penting adalah di mana pun kita berada, kita mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan masyarakat setempat.

"Kita akan bekerjasama sama ada melalui saluran rasmi kerajaan negeri ataupun melalui Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti PERANTAU," katanya.


Tag: