• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Sukan SEA : Sultan Mizan Beraksi Acara Kuda Lasak

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyertai acara sejauh 80 kilometer itu dan dijangka menamatkan perlumbaan kira- kira jam 5 petang ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail


Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengiringi Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail  menyempurnakan Majlis Pelepasan (Flag Off) Sukan Kuda Lasak Sukan Sea ke 29  Kuala Lumpur, di Lembah Bidong kira- kira 3.00 pagi tadi.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyertai acara sejauh 80 kilometer itu dan dijangka menamatkan perlumbaan kira- kira jam 5.00 petang ini.

Lebih istimewa dalam acara sama, kesemua penunggang yang mewakili pasukan negara adalah dari Pantai Timur.


Mereka adalah Muhammad Fuad Hashim, Mohd Bulkhari Rozali, Mohd Adhwa Embong dan Azizatul Asma Abdullah dari Terengganu manakala Mohd Yusran Yusuf dari Kelantan.

Sultan Mizan menunggang kuda bernama Rtes Annaversary, Muhammad Fuad pula menunggang Mora Makaka, Mohd Adhwa (Mora Franka), Mohd Bulkhari (JQ Tuan Junior), Mohd Yusran (Castlebar Twilight) dan Azizatul Asma (Mora Tishaka).


Penyertaan baginda Sultan Mizan turut melakar sejarah di Terengganu tetapi juga negara berikutan pertama kali menyertai acara kuda lasak dalam Sukan SEA.

Lembah Bidong menjadi Venue sukan lasak bertaraf dunia selama dua hari itu dengan penglibatan 25 peserta membabitkan lima negara iaitu Malaysia,  Thailand, Singapura Kemboja dan Brunei.

Masing- masing enam peserta dari Malaysia, Thailand, Singapura dan Kemboja manakala Brunei hanya menghantar seorang peserta.

Tag: