• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Sukaneka Erat Hubungan Komuniti

DUNGUN, 30 September - Aktiviti sukaneka yang berlangsung di Kampung Tembesu Akar baru-baru ini mengukuhkan lagi hubungan di antara ahli komuniti tempatan.

Acara yang dianjurkan oleh Komuniti Rukun Tetangga Rumah Murah Kos 3 Kampung Tembesu Akar itu berjaya menyatukan penduduk kampung dalam satu semangat kebersamaan yang luar biasa.

Pengerusinya, Zakariah Yusoff berkata, tujuan di sebalik acara ini yang telah berjaya menyatukan masyarakat serta mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Program sebegini merupakan julung kali diadakan.Matlamat utama kita mengadakan program ini ialah untuk menghimpunkan dan menyatukan komuniti kampung," ujarnya.

Zakariah berkata, interaksi sesama jiran serta komuniti sekitar amat penting dalam kehidupan seharian.

“Apabila kita tinggal bersama komuniti, kita tidak boleh "duduk di bawah tempurung" tanpa menghiraukan keadaan masyarakat sekitar.

"Semua penduduk di dalam komuniti kampung ini, boleh turut serta dalam acara ini. Ianya terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang atau perbezaan fahaman politik," ujarnya.

Sementara itu,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin yang menyatakan hasrat untuk mengadakan sukaneka secara besar-besaran di peringkat DUN Sura menunjukkan kesungguhan dalam memperkuat hubungan sosial dan komuniti.

“Melalui kekuatan yang kita ada di setiap kampung, kita mungkin boleh laksanakan acara ini di peringkat DUN Sura. Langkah ini berpotensi memberi impak positif yang lebih besar kepada penduduk kampung serta mengukuhkan perpaduan di seluruh kawasan DUN Sura," katanya.,

 


Tag: