• 26 Sept 2021 | 18 Safar 1443

Sukarelawan OUTREACH Parlimen Kemaman Antara Yang Terbaik

KEMAMAN, 28 Jun - Pujian buat sukarelawan Outreach Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Parlimen Kemaman merupakan antara yang terbaik menjalankan tugas bagi menjayakan proses awal dalam pengumpulan maklumat pendaftaran penerima vaksin.

“ Diberi kepercayaan buat petugas bawah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Parlimen Kemaman oleh jawatankuasa bencana daerah dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kemaman bagi memudahkan orang ramai mendaftar sebagai penerima vaksin” berucap Ahli Parlimen Kemaman, Yang Berhormat Che Alias Hamid di taklimat sebelum sukarelawan bergerak di Meraga Beris, Kemaman.

“Tahniah dan syabas atas usaha sukarelawan semua sehingga ianya dipuji oleh PKD Kemaman”, ujarnya lagi.

“Sehingga kini 60.7% rakyat Kemaman telah mendaftar sebagai penerima vaksin dan saya mengharapkan rakyat di Kemaman khusnya dapat mencapai 80% imunisasi berkelompok secepat mungkin agar kita dapat keluar dari situasi pandemik ini” tambahnya lagi.

Sehingga kini program yang berjalan selama lima (5) hari bermula di Jabor, Perasing  pada 11 Jun dapat mengumpulkan pendaftaran seramai 705 orang, 12 Jun di Neram 01 seramai 1,719 orang, 18 Jun di kijal seramai 860 orang, 19 Jun di Teluk Kalong seramai 1,243 orang dan 26 jun di Meraga Beris 515 orang menjadikan jumlah terkumpul 5,042 orang.

Sukarelawan Outreach Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Parlimen Kemaman

Outreach Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Parlimen Kemaman mendapat kerjasama yang baik daripada pelbagai pihak terutama PKD Kemaman, Kakitangan PKM Ahli Parlimen Kemaman, Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) Kemaman, Pejabat Penerangan Daerah Kemaman dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat


Tag: