lightning-solid
Berita :
SUKMA 2026: Ainun Berjaya Pertahan Emas
SUKMA 2026: Ainun Berjaya Pertahan Emas
Mohd Irsyadi Abu Bakar
1 jam yang lepas
44

SHAH ALAM, 20 Ogos - Pesilat  Terengganu, Nor Ainun Mokhtar, 21, berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya dua tahun lalu apabila dalam acara Puteri Kelas E 65 di Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, semalam.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) itu, Ainun berjaya menewaskan pesilat Kelantan, Nik Nurul Kamilia Atikah Nik Mohd Iruan dengan skor 33-3.

Kemenangan tersebut turut menyaksikan atlet kebangsaan itu muncul sebagai penyumbang emas pertama bagi pasukan silat Terengganu.

Selain Ainun, Terengganu berjaya mengutip dua lagi pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa pada hari terakhir kejohanan, semalam.


Tag :

Artikel Berkaitan