• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

KDYMM Sultan Mizan Perkenan Permasyhuran Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail

KUALA TERENGGANU, 11 November - Sultan Terengganu, KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin memperkenankan pemasyhuran Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail di Kuala Nerus, semalam.

Keberangkatan tiba baginda turut diiringi Yang Di-pertuan Muda Terengganu, DTYM Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Yahaya Ali dan Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.

Turut hadir, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Terengganu serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.

Hadir sama, Presiden Persatuan Ragbi Terengganu (PRNT), Amir Amri Mohamad.

Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail dibina sejak tahun 2006 dan digunakan untuk kegunaan latihan Sukma 2008 serta acara-acara sukan yang lain telah dibaik pulih dengan kos sebanyak RM 12 Juta kepada sebuah stadium dengan trek bertaraf antarabangsa.

Bersempena pemasyhuran berkenaan, kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu dan PRNT menganjurkan Kejohanan Ragbi Terengganu Royal 7s 2021 Piala Tengku Muhammad Ismail, sebagai kejohanan sulung di stadium berkenaan, bermula esok (12 November)  hingga 14 November 2021.

Majlis pemasyhuran turut diserikan dengan perlawanan persahabatan antara pasukan Terengganu dan pasukan Malaysia.

 

 


Tag: