• 30 Apr 2024 | 21 Syawal 1445

Sultan Terengganu Solat Sunat Aidiladha Bersama Rakyat



KUALA TERENGGANU, 11 Ogos - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat mengerjakan solat sunat Aidiladha di Masjid Al Muktafi Billah Shah, di sini, hari ini.

Mengiringi keberangkatan baginda ialah Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Sri Setia Mahkota Raja,Tengku  Puteri Utama Raja dan Tengku Puteri Daulath Raja.

Keberangkatan baginda pada jam 7.50 pagi disambut Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman serta Dato' Bentara Dalam Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.


Solat sunat Aidiladha dan khutbah disampaikan Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda.

Selesai menunaikan solat, Sultan Mizan dan putera puteri baginda berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama rakyat jelata.

Sebelum berangkat pulang, baginda turut menziarahi makam diraja.

Kira-kira 1,000 jemaah turut mengerjakan solat sunat Aidiladha di masjid berkenaan.


Tag: