• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Sultan Terengganu Solat Sunat Aidiladha Di Masjid Al-Muktafi Billah Shah

 


KUALA TERENGGANU, 31 Julai - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 300 jemaah di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang di sini, hari ini.

Sultan Mizan tiba jam 8.00 pagi dengan berpakaian baju Melayu berwarna ungu muda turut ditemani Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az.

Mengiringi baginda bertiga, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Zahari Md Azahar dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Dato' Osman Muda 

Solat sunat Aidiladha hari ini diimamkan Mufti Terengganu, Dato' Dr Zulkifli Muda mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Selesai menunaikan solat sunat Aidiladha, baginda bersama kedua anakanda menziarahi makam diraja yang terletak di kawasan Masjid Al-Muktafi Billah Shah.

Terdahulu semua jemaah yang hadir  dilihat mematuhi segala SOP dengan memakai pelitup separuh muka dan membawa sejadah sendiri.

Pihak pengurusan masjid juga membuat pemeriksaan suhu badan terlebih dahulu bagi memastikan hanya jemaah yang sihat sahaja menunaikan solat.

 


Tag: