• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Suntikan Dos Ketiga Vaksin Covid-19 Dijangka Bermula Awal Oktober

KUALA LUMPUR, 19 September - Pelaksanaan suntikan dos ketiga dijangka bermula awal Oktober ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19.

Beliau berkata, pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 itu sebagai usaha meningkatkan perlindungan kepada golongan rentan daripada risiko jangkitan pandemik berkenaan. - Sinar Harian.
 


Tag: