• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Surau Haji Daud Dinaik Taraf Kepada Masjid

BESUT, 3 Mac- Surau Haji Daud Kampung Alor Teratai, Kuala Besut yang sudah berusia telah dinaik taraf kepada Masjid Haji Daud yang lebih selesa dan besar.

Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Alor Teratai yang dipengerusikan oleh Che Zahari Muda mengambil inisiatif sendiri bagi mengumpul dana untuk menyiapkan pembinaan masjid berkenaan.

Che Zahari berkata, kos pembinaan masjid tersebut adalah hasil sumbangan orang ramai yang tidak putus-putus menderma bagi menyiapkan masjid ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penderma yang pemurah dan semoga Allah dapat membalasnya”, kata Che Zahari.

Menurut beliau, kos menaik taraf Masjid Haji Daud menelan belanja sebanyak RM300 ribu.

Proses pembinaan masjid ini hampir siap sepenuhnya dan akan dapat digunakan oleh penduduk kampung tidak lama lagi.

Pegawai Penyelaras Dun Kuala Besut, Azbi Salleh turut melawat masjid tersebut baru-baru ini bagi melihat kerja-kerja pembinaan.


Tag: