• 19 Sept 2021 | 11 Safar 1443

Tabung Perumahan Zahir Keprihatinan Kerajaan

DUNGUN, 26 November- Tabung Perumahan RM 50 juta yang diumumkan baru-baru ini oleh Menteri Besar ketika membentangkan Belanjawan 2021 menzahirkan keprihatinan kerajaan dalam membela nasib golongan berpendapatan rendah (B40) memiliki kediaman sendiri.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, sebaik sahaja perkara itu diumumkan rata-rata penduduk di DUN berkenaan memberikan respon yang sangat baik.

"Ramai yang merujuk pada saya mengenai perkara ini dan memuji tindakan belajawan pada kali ini yang berasakan lima teras utama. Ini merupakan suatu yang sangat mengembirakan apabila tabung ini disediakan kerana selama ini memohon pinjaman melalui bank yang sedia ada sangat sukar dan memerlukan penyata kewangan.

"Jadi insiatif ini dilihat sangat bertepatan dalam membolehkan golongan berpendapatan rendah ini tidak lagi tinggal menyewa, sebaliknya boleh memiliki kediaman sendiri serta boleh mengatur kehidupan yang lebih baik," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Belajawan 2021 yang telah dibentangkan baru-baru ini, di sini, semalam.

Mengulas lanjut katanya, secara keseluruhan belanjawan yang dikemukakan itu sangat menjaga kebajikan seluruh golongan rakyat di negeri ini.

"Dari penjawat awam sehingga ke petani, peniaga kecil , samada rakyat yang tinggal di bandar mahupun luar bandar, golongan tua mahupun anak muda dari kalangan belia semuanya mendapat manfaat dari belanjawan berkenaan," ujarnya.


Tag: