Artikel "Semasa" Terkini
Kelapa : Pekebun Kejar Untung, Santan Negara Terancam
KUALA TERENGGANU, 20 April – Harga kelapa muda yang melonjak tinggi mendorong pekebun memilih jalan pintas untuk meraih keuntungan segera, namun tindakan ini menjejaskan bekalan kelapa tua negara dan mengancam industri santan tempatan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, permintaan terhadap...
20 Apr 25
837
Sawah Tidak Lagi Dikenang Sebagai Punca Rezeki
KUALA TERENGGANU, 20 April – Ladang-ladang padi di Kuala Berang dan Hulu Terengganu yang suatu ketika dahulu menjadi nadi kehidupan masyarakat luar bandar kini semakin sepi dan terbiar, bukan kerana kekurangan infrastruktur, tetapi akibat tiada kesinambungan generasi pelapis untuk mengusahakannya.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi...
20 Apr 25
630
Pesta Moreh, Pelita Raya Perlu Kekal dalam Landasan Syariat
KUALA TERENGGANU, 20 April — Dalam mengejar arus pembangunan yang pesat, aspek pemerkasaan syariat Islam tidak boleh diketepikan, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor.
Beliau merujuk kepada isu pesta moreh dan pelita raya yang tular baru-baru ini dan mendapat perhatian masyarakat.
Menurutnya, fenomena itu menjadi semakin...
20 Apr 25
874
Jangan Manipulasi Sistem Federalisme Demi Kepentingan Politik Sempit
KUALA TERENGGANU, 20 April - Terengganu memberi peringatan kepada mana-mana pihak agar tidak memanipulasikan sistem federalisme demi kepentingan politik sempit yang akan menghakis keyakinan rakyat terhadap struktur negara.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sistem federalisme yang menjadi asas hubungan antara negeri...
20 Apr 25
580
Hulu Terengganu Terima RM16.1 Juta Menuju Gedung Makanan Kedua
KUALA TERENGGANU, 20 April – Komitmen kerajaan negeri terhadap kemajuan sektor makanan negeri semakin terbukti apabila Hulu Terengganu menerima peruntukan keseluruhan sebanyak RM16.1 juta sejak 2018, sekaligus meletakkan daerah itu dalam radar sebagai Gedung Pengeluaran Makanan Terengganu (GPMT) kedua selepas Setiu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan...
20 Apr 25
3017
Tambah Baik Pasar Bukit Besar Perlu Disegerakan Demi Peniaga- Zuraida
KUALA TERENGGANU, 20 April — Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengambil tindakan segera untuk melakukan kerja-kerja baik pulih dan memperketatkan pemantauan di kawasan pasar Bukit Besar yang semakin suram ketika ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor berkata terdapat 73 peniaga berdaftar di pasar berkenaan, namun daripada...
20 Apr 25
1471
Kerajaan Negeri Perlu Rangka Pendekatan Holistik Tangani Jenayah Siber
KUALA TERENGGANU, 19 April — Kerajaan negeri digesa mengambil pendekatan lebih menyeluruh bagi menangani kes jenayah siber yang semakin meningkat di Terengganu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor, berkata satu pelan tindakan holistik dirangka segera oleh kerajaan negeri bagi membanteras jenayah siber dan memperkukuh literasi digital dalam...
20 Apr 25
522
Zuraida Sambut Baik Langkah Tegas Terengganu Haramkan Vape
KUALA TERENGGANU, 19 April — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu atas tindakan tegas dan berpandangan jauh mengharamkan penjualan serta penggunaan rokok elektronik (vape) di negeri ini.
“Dengan penuh rasa penghargaan dan kesyukuran, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri...
19 Apr 25
4149
'Tiada Pemimpin Kekal Kuasa Selama-Lamanya' - Dr. Sam
KUALA TERENGGANU, 19 April – Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyampaikan peringatan penuh makna bahawa kuasa politik adalah sesuatu yang bersifat sementara, manakala sistem pentadbiran adalah warisan yang wajib dijaga daripada dicemari kepentingan peribadi.
Menurut beliau, sejarah membuktikan bahawa tiada seorang pun pemimpin mampu terus menongkat...
19 Apr 25
820
Gangguan Kera: Basung Ranger Antara Solusi
KUALA TERENGGANU, 18 April - Kerajaan negeri bakal menerapkan idea yang menggunakan konsep kerjasama bersama komuniti setempat dalam menangani konflik haiwan perosak tanaman, kera, di daerah Hulu Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris, berkata pihaknya sedang meneliti cadangan bagi membasmi permasalahan yang...
18 Apr 25
422