• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan tahniah kepada anak Kuala Terengganu, Mohammad Faiz Mohd Zaki atas pencapaian yang memberangsangkan, Master of Engineering with Class One Honours in Electrical Engineering, University of Sheffield, United Kingdom.

Anak kepada pasangan Mohd Zaki Mohd Salleh dengan Wan Suhubbiah Wan Abdillah merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Kepala Batas turut merangkul keputusan yang cemerlang pada SPM 2011.

"Setinggi penghargaan diberikan kepada Encik Mohd Zaki dan pasangan atas kejayaan yang berterusan anak lelaki mereka.

"Pemuda kelahiran Terengganu ini turut membanggakan ibu bapanya apabila mengikut jejak langkah ayah beliau yang merupakan seorang pesara jurutera.

"Kecemerlangan anak sulung dari empat orang adik-beradik ini bukan saja menjadi contoh kepada adik-adik beliau tetapi dapat menjadi pemangkin semangat buat pelajar-pelajar di luar sana,"katanya dalam satu kenyataan kepada media, semalam.

Menteri Besar juga berharap kejayaan Saudara Faiz menjadi inspirasi kepada rakyat Terengganu seluruhnya supoaya dapat melakar kejayaan yang serupa, malah mungkin lebih baik di persada antarabangsa. 


Tag: