• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Taman Negeri Boardwalk Setiu Dinyahkuman

SETIU, 14 Oktober - Majlis Daerah Setiu (MDS) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Setiu selesai melakukan operasi disinfeksi atau nyahkuman di Taman Negeri Terengganu, Boardwalk Setiu Wetlands, Kampung Pengkalan Gelap di sini hari ini.

Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Daerah Setiu, Nurul Asmera Binti Zamli berkata, operasi itu melibatkan 10 anggota bagi keseluruhan kawasan dan laluan pejalan kaki yang memakan masa hampir 2 jam.

"Operasi disinfeksi ini adalah bagi menghapuskan agen-agen bawaan wabak COVID-19 sekali gus mencegah penularan wabak ini," katanya ketika dihubungi oleh wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).

Untuk rekod, Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu baru-baru ini telah mengeluarkan arahan notis penutupan sementara kepada orang ramai dalam mengambil langkah berjaga-jaga situasi semasa akibat pandemik COVID-19.

Dalam pada itu, masyarakat terus dinasihatkan untuk mematuhi 'Prosedur Operasi Standard' (SOP) seperti pemakaian pelitup muka, penggunaan 'handsanitizer' dan mengamalkan penjarakan fizikal.