• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Tamatkan Polemik Asal-Usul Tun M- Annuar



Polemik mengenai asal usul Tun Mahathir  perlu ditamatkan dan jentera parti tidak akan terperangkap dengan percubaan untuk memanjangkan isu itu oleh pihak tertentu,tegas Ketua Penerangan UMNO Malaysia,Tan Sri Annuar Musa.

Jelasnya,ada usaha yang mahu memanjangkannya dengan cara melemparkan tuduhan yang salah kepada Timbalan Perdana Menteri (TPM)sedangkan apa diungkapkan oleh TPM itu tenggelam kerana kita cuba polemikkan isu asal-usul.

"Yang sepatutnya ditekankan ialah TPM menyatakan pejuang parti termasuk Tun M mudah lupa perjuangan, pentingnya kita berjuang untuk orang Melayu termasuk dengan menjaga parti UMNO, jangan khianati parti,jangan bawa perpecahan dan jangan kita ambil musuh menjadi kawan..musuh-musuh yang nyata kepada orang melayu,orang Islam terutamanya DAP.

"Dan cuma yang disebut secara sepintas lalu, kemungkinan kepada Tun M itu ada elemen asal usul tidak Melayu tetapi hanya bercakap tentang Melayu masa dia berkuasa tapi bila tidak berkuasa, dia tidak lagi bercakap tentangnya..saya melihatnya begitu,"kata Annuar.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu 2017 di Dewan Komuniti Kuala Berang, malam tadi.

Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Johari Abu Bakar;Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Dato' Rozi Mamat;Naib Ketua UMNO Bahagian,Yusof Awang Hitam;Ketua Penerangan UMNO Bahagian,Ghazali Taib;Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Datuk Fatimah Hamat dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Rozita Ismail.

Hadir sama,Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang,Dato' Tengku Putera Tengku Awang.

Jelasnya lagi,seeloknya jentera parti terleka dengan tindakan musuh-musuh parti yang sengaja mahu kita kita bercakap perkara yang remeh.

"Kerana kalau pemimpin-pemimpin politik beretorik, rakyat akan jadi mangsa..sepatutnya kita tumpukan perhatian kepada membela rakyat, menyusun agenda-agenda selari dengan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri(PM).

"Cukuplah berpolemik tentang individu kerana individu itu tidak penting  dan kita jangan tersasar daripada tugas utama kita menjaga rakyat,"katanya lagi.

Beliau juga berkata sebagai kerajaan, sebarang teguran atau kritikan terutama dalam media sosial daripada rakyat perlu dilihat dari satu sudut positif.

"Rakyat yang menulis negatif dalam media sosial, dia tidak akan tinggalkan kita selagi ada dua perkara iaitu jangan berpecah-belah dan terus membela rakyat.

"Biar rakyat tegur sekarang sebab kalau rakyat asyik bagi pujian kepada kerajaan kemudian secara senyap ketika mengundi, tidak bagi mandat kepada kita..itu lebih bahaya,"kata Annuar lagi.

Baginya lagi, jentera UMNO harus mencontohi PM, apabila diserang tidak hilang fokus malah memulihkan ekonomi, menjaga hubungan diplomatik dan meneruskan bantuan kepada rakyat yang memerlukannya.

Tag: