• 08 Mei 2021 | 26 Ramadhan 1442

Tangguh Dulu Iftar Di Kawasan Lapang, Pantai - Dr Alias

KUALA TERENGGANU, 14 April - Orang ramai di negeri ini dinasihatkan agar menangguhkan dahulu iftar di kawasan terbuka selepas Terengganu tidak membenarkan sebarang aktiviti di kawasan terbuka dan lapang sepanjang Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Terengganu hari ini bagi mengawal penularan Covid-19.

"Keputusan mesyuarat JKKN sebentar tadi memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti berbuka puasa di kawasan lapang kerana kes Covid-19 di Terengganu masih tinggi.

"Selain itu, di Terengganu juga masih wujud kluster-kluster baharu berpunca daripada tindakan rentas negeri dan kurang pematuhan prosedur operasi standard (SOP)," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Terdahulu, Pahang turut melarang aktiviti sama yang lazimnya dilakukan di padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 berhadapan Masjid Sultan Ahmad itu sepanjang Ramadan kali ini, ekoran pandemik Covid-19. - 


Tag: