• 17 Apr 2024 | 8 Syawal 1445

Tanggungjawab Anak Pastikan Ibu bapa Solat

DUNGUN, 21 Jun - Anak-anak yang menjaga ibu atau bapa sakit dinasihatkan untuk sentiasa peka terhadap solat lima waktu kedua-dua orang tua terbabit. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata dalam keadaan yang lemah, ibu atau mereka yang sakit kadang kala tidak perasan waktu solat.

Katanya, oleh kerana itu orang di sekitar perlu mengingatkannya akan kewajipan tersebut.

"Sembahyang perlu dititiberatkan, walaupun mak ayah sakit, bukan bermakna tak payah sembahyang, sekarang ini banyak kemudahan," ujarnya.

Nasihat itu beliau sampaikan ketika menghantar katil wakaf boleh laras untuk kegunaan warga emas, Fatimah Majid, 54 yang menghidap kencing manis kronik di Kampung Paya, Balai Besar di sini baru-baru ini.

Jelas Alias, katil wakaf tersebut dibekalkan oleh Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Rantau Abang.

"Katil tersebut akan digunakan oleh pesakit lain pula, kepada yang berhajat untuk menggunakannya boleh berjumpa dengan JPKK setempat, insya-Allah JPKK akan panjangkan kepada pejabat PKM untuk mendapatkannya jika ada bekalan," katanya lagi. 


Tag: