• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

TDM Berhad Umum Laporan Suku Keempat 2018


KUALA TERENGGANU, 2 Mac - TDM Berhad mengumumkan keputusan semalam untuk suku keempat berakhir 31 Disember 2018.

Kumpulan mencatatkan hasil pendapatan suku keempat 2018 sebanyak RM104.2 juta, lebih rendah 14% tahun ke tahun daripada RM121.0 juta pada suku keempat 2017.

Ini berlaku disebabkan oleh hasil yang lebih rendah disumbangkan bagi pengeluaran tanaman bagi menghasilkan harga jual sawit di kumpulan bahagian Perladangan, dan ini sebahagiannya diimbangi dengan pendapatan bahagian Penjagaan Kesihatan yang lebih tinggi sebanyak 21% daripada bilangan pesakit dalam dan pesakit luar yang lebih tinggi.

Pada suku keempat 2018, terdapat banyak perkara berkaitan ladang Kalimantan yang telah menyumbang kepada kerugian sebelum cukai sebanyak RM56.7 juta pada suku tersebut.

Dengan menghapuskan banyak perkara dan berdasarkan prestasi operasi, Kumpulan mencatatkan pelarasan EBITDA sebanyak RM17.8 juta untuk suku tersebut.

Sementara itu, perniagaan bahagian Penjagaan Kesihatan terus menunjukkan prestasi yang kukuh dengan PBT sebanyak RM3.3 juta pada suku ini, berbanding kerugian sebanyak RM9.2 juta pada suku yang sama sebelumnya, sekali gus disumbangkan oleh jumlah pesakit dan pesakit luar yang lebih tinggi sebanyak 16% dan 9%.

Keseluruhan tahun 2018, Kumpulan mencatatkan hasil sebanyak RM404.9 juta, lebih rendah 10% dari tahun sebelumnya terutamanya disebabkan oleh harga minyak sawit mentah yang lemah dan pengeluaran tanaman yang lebih rendah di bahagian Perladangan.

Walau bagaimanapun, di bahagian perniagaan Penjagaan Kesihatan telah mencatatkan peningkatan pendapatan yang baik sebanyak 14% daripada jumlah pesakit dalam dan pesakit luar yang tinggi sebanyak 9% dan 4% masing-masing.

Susulan dari itu, Kumpulan mencatatkan Pelarasan EBITDA sebanyak RM66.5 juta
untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, berbanding RM96.9 juta pada tahun sebelumnya.


Mengulas mengenai keputusan kewangan, Pengerusi TDM Berhad, YM Raja Dato' Haji
Idris Raja Kamarudin berkata, beliau gembira dengan prestasi perniagaan di bahagian Penjagaan Kesihatan.

"Dengan pembukaan Hospital Pakar Kuala Terengganu yang baru pada suku pertama 2018, bersama-sama dengan peningkatan keseluruhan dalam aktiviti hospital secara langsung telah membantu pertumbuhan yang memberansangkan.

"Kami optimis bahawa pertumbuhan perniagaan Penjagaan Kesihatan kami akan terus disokong oleh pelan pengembangan kapasiti kami dan pengenalan modaliti perkhidmatan baru," ujarnya.

Sementara itu, katanya, berhubung dengan perniagaan Perladangan, mereka menjangkakan pemulihan harga minyak sawit mentah akan dibantu daripada permintaan yang lebih baik dari India selepas penurunan harga duti import dan permintaan biodiesel yang lebih tinggi untuk program B20 Indonesia.

"Kami optimis terhadap asas jangka panjang industri dan akan terus fokus dalam meningkatkan produktiviti dan mengoptimumkan kos pengeluaran.

"Kami akan meneruskan program penanaman semula di Terengganu dan kami juga akan mengenal pasti pelan untuk memfokuskan semula operasi kami di Malaysia dan Indonesia melalui Rancangan Penciptaan Nilai dan Rancangan Pembangunan Perniagaan.

"Tidak kira dalam keadaan apa sekali pun, Kumpulan positif untuk mencapai prestasi operasi yang memuaskan dalam tahun kewangan 2019," jelasnya.

Untuk rekod, TDM Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1965 dan tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dengan perniagaan teras dalam perladangan kelapa sawit dan penjagaan kesihatan.

Bahagian perladangan, TDM menguruskan 16 ladang kelapa sawit dan tiga (3) buah kilang di Terengganu dan Indonesia.

TDM Plantation Sdn Bhd telah memperolehi sijil RSPO dan MSPO. RSPO menyediakan kerangka yang paling sesuai yang mengambil kira ciri-ciri ekonomi, sosial dan alam sekitar dalam pembangunan dan pengurusan ladang dan kilang.

Ia menyokong sasaran pertumbuhan ekonomi, promosi kehidupan luar bandar yang baik dan amalan penjagaan alam sekitar dan lestari.

Di bawah Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMDI), TDM mempunyai empat hospital pakar dengan menawarkan penjagaan sekunder dalam semua bidang utama kesihatan.

Hospital-hospital tersebut adalah Kelana Jaya Medical Centre (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Kuantan Medical Centre (KMC), Kuantan, Pahang, Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS), Kuala Terengganu dan TDMC Hospital, Kuala Lumpur.

Tag: