• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

TDM Sumbang RM80,000 Kepada Asnaf

DUNGUN, 18 Mac- Sebanyak RM80,000 disumbangkan TDM Berhad kepada 400 penerima daripada kalangan asnaf memerlukan sempena Karnival Dakwah Penghayatan Islam. 

Pengarah Eksekutifnya, Najman Kamaruddin berkata, pihaknya ingin berkongsi rezeki kurniaan Allah dengan harapan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung. 

"Ianya diharap menjadi pemangkin kepada lebih banyak pihak yang terlibat dalam membantu masyarakat," katanya. 

Najman berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Festival SEDAYA (Seni, Dakwah dan Budaya) Vintage Dungun 2.0 di Dewan Arena Merdeka di sini, hari ini. 

Festival  yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Saiful Bahri Mamat  itu akan diadakan selama tiga hari. 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif TDM Plantation Berhad, Hamdan Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Rantau Abang, Alias Harun dan Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman. 

Dalam ucapan perasmian Saiful berkata, portfolio Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah tidak menghalang sebarang program asalkan mematuhi Syariah.

"Satu garis panduan 'Do and Don' t' , apa yang boleh dan tidak boleh dan sebagainya supaya dapat sentiasa mengambil kira perkara - perkara yang patuh syariah termasuklah iklan, billboard dan jika mereka ingin mengadakan program di sini, mereka sedia maklum perkara - perkara yang patuh syariah, " jelasnya.


Tag: