• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

Tebatan Banjir Kemasik Perlu Disegerakan

KEMAMAN, 7 Mac - Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Kemasik perlu disegerakan untuk mengelakkan kejadian banjir besar berulang di Mukim Kemasik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili memaklumkan, beliau telah memohon Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyegerakan pembinaan RTB itu.

Lawatan YAB Perdana Menteri Malaysia, ke Daerah Kemaman pada December 2020 lalu.

Cadangan RTB Kemasik ini telah diserahkan oleh Menteri Besar, Dr. Samsuri Mokhtar sendiri semasa Lawatan Pasca Banjir YAB Perdana Menteri ke Daerah Kemaman baru-baru ini.

Ir Saiful menegaskan, RTB itu sahaja jalan penyelesaian untuk mengelak bencana banjir berulang setiap tahun di Mukim Kemasik. Walaupun pelbagai pembangunan menaiktaraf infrastruktur dijalankan, namun ianya tidak dapat juga menampung kuantiti air yang banyak.

Ucapan ADUN Kemasik di Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Kerajaan Negeri Terengganu dan MAIWP.

"Sebelum ini projek RTB Kemasik ini juga dipohon dan dirancang di mana yang terakhir semasa pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan, tetapi kerja-kerja masih tidak berjaya dilaksanakan.

"Kepada pihak berkenaan, harap menyegerakan pembinaan RTB Kemasik ini demi keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat dalam Mukim Kemasik," ujarnya pada Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Kerajaan Negeri Terengganu dan MAIWP kepada 322 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir dalam DUN Kemasik, pagi semalam.


Tag: