• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

'Teen Circle’ Tarik Remaja Minat Usrah

Oleh : Nur Atika Hussin 

BESUT, 30 Disember - Pendekatan 'circle' dengan pembawaan santai dan menarik menjadi strategi terbaik untuk mendekati gadis remaja agar berminat dengan usrah. 

Ketua Pertubuhan Wanita Kebajikan Nur Insani (Nisa’) Besut, Nor Amira Amijudin berkata, 'Teen Circle' mengajak remaja yang berumur dalam lingkungan 13 hingga 18 tahun minat kepada perkara kebaikan.

“Pada usia sebegini mereka mudah terdedah kepada pelbagai gejala tidak sihat sekiranya tidak mendapat pengawasan yang sepatutnya daripada penjaga.

"Harapan saya, supaya program ini akan terus menjadi medium yang sihat bagi anak remaja untuk mendapat pengisian rohani dan mengisi masa terluang terutama dalam tempoh cuti sekolah," ujarnya.

Nor Amira berkata demikian ketika ditemui  pemberita selepas program usrah anjuran Nisa' Besut yang diadakan di Masjid Hadhari, semalam.

Beliau turut memaklumkan, pihaknya akan terus melaksanakan pelbagai program bagi menarik para remaja meminati aktiviti bermanfaat.

“Semoga Nisa’ berpeluang untuk menjayakan pelbagai aktiviti dan program untuk menarik golongan muda di masa akan datang,” ujarnya.


Tag: