• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Tenggiri Challenge Tarikan Pelancong

Ustaz Ariffin Deraman berucap kepada peserta yang hadir memeriahkan 'Tenggiri Challenge'.
Oleh: Ahmad Fadhilah

MARANG - 'Tenggiri Challenge' edisi  kedua mampu menjadi tarikan pelancong terutamanya mereka yang mempunyai hobi dan sukakan aktiviti memancing.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, beliau dimaklumkan bahawa penyertaan pada  tahun ini meningkat lebih 50 peratus iaitu melebihi 100 penyertaan berbanding  pada tahun lepas.

"Penyertaan ini juga sangat terhad memandangkan bot untuk membawa peserta  tidak mencukupi.

“Ini jelas menunjukkan bahawa ianya merupakan satu perkembangan yang baik dalam industri pelancongan.

"Saya harap pada tahun akan datang penyertaan dibuka kepada lebih ramai orang dan penyediaan bot lebih banyak khususnya kepada mereka yang berada di luar Terengganu," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan 'Tenggiri Challenge' Edisi Kedua di pesisir pantai Pulau Kapas, kelmarin (15 September).

Dalam perkembangan yang sama, Penganjur Utama 'Tenggiri Challenge', Syarikat Taufik Emas Sport Fishing, Taufik Samsuddin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Ariffin di atas kesudian menghadiri program tersebut.

"Bacaan doa selamat turut diadakan sebelum memulakan acara pada pagi tadi," katanya.



Tag: