lightning-solid
Berita :
Tengku Muhammad Ismail Titah Tanam Buluh Simbol Nilai Pengakap, Semai Cinta Alam
Tengku Muhammad Ismail Titah Tanam Buluh Simbol Nilai Pengakap, Semai Cinta Alam
Ahmad Zaeem Zainudin
16 Nov 25
261

KUALA NERUS, 16 November - Program Tanam Buluh@KPTMI di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail hari ini menyerlahkan iltizam Pergerakan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu dalam memupuk nilai kelestarian alam.

DYTM Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah bahawa penanaman buluh membawa makna lebih besar daripada sekadar menanam pokok.

IMG_20251116_124251_555.jpg 621.79 KB
Baginda bertitah bahawa usaha tersebut mencerminkan semangat kecintaan terhadap alam sekitar di samping menyemai kesedaran tentang pemeliharaan alam sebagai amanah Allah SWT. 

Menurut Baginda, buluh dipilih kerana ia melambangkan kekuatan, ketahanan dan kelenturan - sifat yang wajar ada dalam diri setiap pengakap.

"Buluh dipilih sebagai simbol kekuatan, ketahanan dan kelenturan nilai yang sangat dekat dengan semangat pengakap. 

"Beta percaya sifat-sifat ini perlu diterapkan dalam diri setiap pengakap agar mampu menghadapi cabaran di depan dengan tabah dan berjiwa besar. 

“Perkara seperti ini bukan sekadar menanam pokok, tetapi menanam nilai tanggungjawab, disiplin dan kasih terhadap alam,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menyampaikan titahnya di Dewan KoLek 2, The Payang Scout Hotel Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail di sini, pagi tadi.

IMG_20251116_124928_122.jpg 1.58 MB
Terdahulu, keberangkatan tiba Raja Muda disambut oleh Setia Usaha Kerajaan Negeri, Dato' Nara Setia serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim.

Mengiringi baginda, Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Samsuri Mokhtar.

Program anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu siri kedua itu turut melibatkan penyertaan pelajar sekolah menengah yang bersama-sama menanam lebih 100 anak pokok buluh.

Sebagai simbolik, baginda Tengku Muhammad Ismail berkenan  menyempurnakan program dengan mananam anak pokok buluh bersama Dr. Samsuri sebelum disusuli oleh ahli pengakap yang menyertai program tersebut.

IMG_20251116_124919_487.jpg 603.66 KB
Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu, Tan Sri Dato' Abdullah Taib dalam ucapannya berkata, program ini juga menjadi permulaan kepada siri aktiviti sempena sambutan 100 tahun penubuhan Pengakap Terengganu pada 2026, sebelum kemuncak acara iaitu Terengganu International Jamboree (TIJ 100) pada Disember tahun hadapan.

Usaha melestarikan alam pagi itu tadi turut menjadi sebagai sebahagian usaha memperindah kawasan kem dengan tanaman hijau.


Artikel Berkaitan