• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Terengganu Anjur Hari Munajat Rakyat Esok

KUALA TERENGGANU, 2 Jun – Kerajaan negeri akan menganjurkan program Hari Munajat Rakyat pada 3 Jun, esok sebagai usaha memohon perlindungan daripada wabak COVID-19.

Antara pengisiannya termasuk solat hajat, zikir dan doa munajat, yang akan diadakan bermula jam 4.30 pagi Khamis.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, program  serentak di kediaman masing-masing itu dibuat susulan situasi terkini penularan wabak COVID-19 dalam negara dan negeri agak membimbangkan.

"Segala yang berlaku di atas muka bumi ini terjadi atas kehendak-Nya dan Dia jualah yang Maha Penyembuh segala penyakit. 

"Mari sama-sama kita tingkatkan munajat kepada Allah SWT agar segera mengangkat wabak ini dan mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita semua," ujarnya.

Untuk rekod, Terengganu mencatatkan kes positif baharu sebanyak 224 hari ini.


Tag: