• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Terengganu Bakal Jadi Hub MRO Rantau Asia Pasifik


Wan Nawawi mewakili kerajaan negeri (dua dari kanan) menerima dokumen di Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Projek Penyelenggaraan, Pembaikian dan Ubah Rawat Pesawat Udara (MRO) di Kompleks Lapang Sasar, Tok Jembal, Kuala Nerus. Foto oleh Harish Fadzillah
Terengganu bakal menjadi hub Projek Penyelenggaraan, Pembaikian dan Ubah Rawat Pesawat Udara (MRO) di rantau Asia Pasifik dalam tempoh tiga tempoh akan datang.

Projek  membabitkan pelaburan RM229 juta di kawasan seluas 14 hektar di Tok Jembal, Kuala Nerus itu bakal mewujudkan 660 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.


Menteri Besar,  Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Kompleks MRO dan Pusat Latihan  Penerbangan yang  menjadi sebahagian daripada komponen utama pembangunan keseluruhan dalam pelaburan Admal Sdn Bhd dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2022.

"Projek MRO bakal menarik minat pasaran syarikat-syarikat penerbangan rantau Asia Pasifik termasuk dari negara China.

  "Menurut Laporan Pasaran Industri Penerbangan oleh Boieng, keperluan pesawat udara baharu dijangka sebanyak 36,770 buah dari 2014 hingga 2032 yang bersamaan dengan nilai RM8.9 trillion (USD2.02 trillion).

  "Terengganu dilihat berpotensi untuk muncul sebagai hub MRO kerana kedudukan geografinya di tengah-tengah rantau Asia Pasifik. Selain itu, kita berharap industri MRO mampu memberi nilai tambah kepada aktiviti di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dan aktiviti di kawasan setempat," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Projek Penyelenggaraan, Pembaikian dan Ubah Rawat Pesawat Udara (MRO) di Kompleks Lapang Sasar, Tok Jembal, Kuala Nerus, semalam.


Terdahulu, Ahmad Razif menyaksikan majlis menandatangani antara kerajaan negeri dan ADMAL Sdn Bhd yang diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Pegawai Ekskutif Admal Sdn Bhd, Abdul Malek Packeer.

Ahmad Razif berkata, projek ini adalah hasil  perincian Makmal Transformasi Ekonomi Negeri Terengganu yang diadakan pada 2015.

Katanya, projek itu akan dilaksanakan dalam tiga fasa yang dikhususkan dalam Perancangan Pembangunan LTSM merangkumi tiga komponen iaitu pembinaan apron pesawat, bengkel dan kemudahan pengisian bahan bakar.


 "Kerajaan negeri turut bersetuju melalui bayaran pampasan agar Kompleks Lapang Sasar, Tok Jembal yang ada diberi hak milik kepada Admal Sdn Bhd," katanya.

Tag: