• 30 Apr 2024 | 21 Syawal 1445

Terengganu Bina Kompleks Menara Darul Iman - Dr Mamad

Dr Mamad Puteh (dua dari kanan) meninjau tapak Projek Menara Darul Iman yang terletak di Muara Selatan Kuala Terengganu City Centre (KTCC), kelmarin (11 Oktober).
Oleh: Hanif Hamdan

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu dalam proses pembinaan satu Kompleks Menara Darul Iman setinggi 30 tingkat untuk dijadikan Pejabat Pentadbiran Negeri Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, beliau mengharapkan pembinaan Menara Darul Iman setinggi 30 tingkat ini akan berjalan dengan baik.

“Saya berharap ianya berjalan lancar kerana akan dijadikan sebagai Pejabat Pentadbiran Negeri dan dijangka siap pada hujung tahun 2019,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja ke tapak Projek Menara Darul Iman yang terletak di Muara Selatan Kuala Terengganu City Centre (KTCC), kelmarin (11 Oktober).

Menurut Dr Mamad Puteh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, kos pembinaan Menara Darul Iman adalah sebanyak RM187 juta dan tidak termasuk kos reka bentuk dalaman.

“Saya diberitahu kos pembinaan Menara Darul Iman ini adalah sebanyak RM187 juta. Ianya tidak termasuk dengan kos reka bentuk dalaman yang menelan belanja sebanyak RM30 juta,” tambahnya.


Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Ir Saiful Azmi dan Timbalan Pengarah (Pembangunan) Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu, Yusuf Abd Ghani.

Tag: