• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Terengganu Dinobat Negeri Terbaik Amalan Pertanian

KUALA TERENGGANU, 10 September - Jabatan Pertanian Terengganu sekali lagi memenangi kategori negeri terbaik bagi pensijilan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) di Malaysia bagi tahun 2022.

Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Datuk Zulkepli Amin Mat Jusoh berkata, berkata pensijilan itu menjadi Petunjuk Prestasi Utama pelaksanaan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) bagi menambah baik keselamatan dan nutrisi makanan rakyat.

“Sebanyak 566 ladang di bawah subsektor tanaman memperoleh pensijilan MyGAP sepanjang tahun 2022 dan telah meningkat dari tahun 2021 yang merekodkan hanya 416 buah sahaja.

“Kejayaan tersebut bukan kejayaan kami tetapi merupakan hasil usaha pengusaha dan para petani di Terengganu,” katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman ( UPDI) hari ini.

Tambahnya, dengan kemenangan tersebut, beliau yakin Terengganu akan lebih inovatif untuk menghasilkan produk-produk yang lebih berkualiti untuk bersaing dengan produk negeri lain termasuk dari luar negara..

Menurut beliau, kini ramai pengguna mencari produk yang selamat dimakan seperti produk organik sesuai dengan peningkatan taraf hidup terutama tahap kesihatan

"Semua nak kata produk mereka selamat bebas daripada racun dan logam berat tetapi siapa yang mengesahkannya… itulah diwujudkan pensijilan MyGAP melalui amalan pertanian baik (APB).

"Saya difahamkan terdapat lebih 100 produk di seluruh Malaysia yang dalam senarai menunggu termasuk ujian makmal untuk menerima pensijilan MyGAP yang mana syaratnya hampir sama seperti syarat-syarat sijil halal.

MyGAP merupakan merupakan skim pensijilan yang dirangka dan dilaksanakan sejak 2002 untuk mengiktiraf ladang yang mengamalkan amalan pertanian baik bagi mengeluarkan makanan yang selamat dan berkualiti, menjaga keselamatan alam sekitar, serta menjamin keselamatan dan kebajikan pekerja.

Untuk rekod pensijilan MyGap semakin meningkat, 2018 Terengganu hanya 141 sijil, kemudian bertamabah ke 211 pada 2019, manakalan 2020 (315, 2021 (416) dan 2022 (566).