lightning-solid
Berita :
Terengganu Equestrian Resort  Tawar Pengalaman Ramadan Lengkap, Dari Iftar Hingga Moreh Raya
Terengganu Equestrian Resort Tawar Pengalaman Ramadan Lengkap, Dari Iftar Hingga Moreh Raya
Mastura Jamal Din
1 jam yang lepas
36

KUALA TERENGGANU, 29 Januari -  Terengganu Equestrian Resort (TER) memperkenalkan pelbagai pakej istimewa sempena Ramadan 2026 merangkumi bufet berbuka puasa, menu set, moreh tradisional serta program komuniti bagi menarik kehadiran pengunjung sepanjang bulan tersebut.

Pengurus Besarnya, Ahmad Fathil  Abd Ghani berkata, TER bukan sekadar destinasi acara dan rekreasi, sebaliknya menawarkan pengalaman Ramadan menyeluruh yang menggabungkan sajian gastronomi, suasana alam semula jadi dan elemen tradisi tempatan.

Justeru itu katanya, bagi memberi gambaran awal kepada tawaran itu, TER menganjurkan Program Food Preview Sempena Buffet Ramadan 2026 yang menampilkan pelbagai menu eksklusif serta sajian tradisional dan moden.

IMG-20260128-WA0042.jpg 816.38 KB
"Bufet Ramadan TER ditawarkan pada harga RM55 seorang bagi dewasa dan RM40 bagi warga emas serta kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun, dengan tiga pilihan menu serta tempahan minimum 40 orang yang berlangsung dari 21 Februari hingga 18 Mac 2026.

"TER turut menawarkan Pakej Menu Set Ramadan di Paddock Café berkonsepkan open garden yang mampu memuatkan sehingga 150 pelanggan pada satu masa. 

"Pakej disediakan ialah Set Super Jimat RM39 untuk dua orang serta Set Ramadan RM100 untuk empat orang, sepanjang tempoh sama," ujarnya kepada pemberita.

Tambah beliau, bagi memeriahkan malam Ramadan, Moreh Colek Paddock Café diadakan setiap hari dari jam 9 malam hingga 12 tengah malam dengan harga bermula RM15 seorang.

Selain itu katanya, TERMoreh Raya 2.0 yang dianjurkan bersama Ralit Market kembali di perkarangan letak kereta Bangunan Club House dengan penglibatan 70 gerai makanan dan minuman serta 30 gerai barangan keperluan raya.

"Pelbagai aktiviti komuniti turut diadakan termasuk demonstrasi, pertandingan dan persembahan, selain penyediaan Sudut Pelita Raya dan Studio Raya," jelas Ahmad Fathil.

Dalam masa sama beliau berharap penganjuran program Ramadan ini dapat memperkenalkan tawaran berbuka puasa resort tersebut, di samping menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi serta menyokong industri pelancongan dan hospitaliti negeri Terengganu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi:

Nur Afifie  Che Rameli
 Komunikasi Korporat (Jualan)
 Terengganu Equestrian Resort
 📞 014-703 6878

Wan Azrul Ilyas  Wan Mohd Azlan
 Komunikasi Korporat (Acara)
 📞 011-5526 7316

Mohammad Helmy Affandy  Mat Zin
 Komunikasi Korporat (Media)
 📞 011-1096 6960


Tag :

Artikel Berkaitan