• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

Terengganu FC- ESMT Tubuhkan Pasukan Bola Sepak Virtual Pertama Negara

KUALA TERENGGANU, 3 Jun- Terengganu Football Club ( Terengganu FC) mengorak langkah menceburi bidang sukan elektronik (e-sukan) menubuhkan pasukan bola sepak virtual Terengganu FC.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasmi pasukan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC, Ab Rasid Jusoh memaklumkan, usaha melalui kerjasama strategik Esports Malaysia Terengganu (ESMT) menjadikan pasukan itu sebagai kelab bolasepak professional Malaysia yang pertama yang mempunyai pasukan bola sepak virtual.

"Kerjasama strategik bersama pihak ESMT ini juga bakal membantu pengurusan TFC membentuk pengurusan operasi pasukan dan semua yang berkaitan sukan ini.

"Pemain yang bakal menyertai pasukan Terengganu FC bakal menyertai kejohanan permainan FIFA dan Pro Evolution Soccer (PES) khususnya di peringkat kebangsaan", katanya.

Menurutnya, bidang e-Sukan juga dirancang mampu membawa nama Terengganu FC ke peringkat antarabangsa bagi jangka masA panjang.

Selain itu, kerjasama dalam penganjuran kejohanan juga turut menjadi cabang kerjasama diantara kedua-dua belah pihak untuk terus memperkembangkan penyertaan Terengganu FC dalam arena e-Sukan.

"Melihatkan pasaran besar penggiat dan peminat e-Sukan di Malaysia, ia menjadi sasaran yang relevan untuk memasarkan jenama TFC ke peringkat global.

"D isamping itu juga, penubuhan pasukan di landasan e-Sukan ini juga memastikan bidang sukan elektronik berkembang dan terus bertapak di Malaysia seiring dengan perkembangan di peringkat global," katanya.

Bagi Presiden ESMT, Ahmad Shahrul Nizam Ab Ghani, ini merupakan kerjasama yang sangat positif dan apa yang lebih menarik, pertama kali dijayakan di Malaysia yang melibatkan pasukan bola sepak utama negeri.

"Melalui kerjasama ini ESMT akan berupaya menjadi sebuah organisasi sukan yang mampu menyediakan landasan terbaik untuk melahirkan atlet pelapis serta juara sukan elektronik terutama dari negeri Terengganu pada masa akan datang sekali gus mampu mengharumkan nama Terengganu di peringkat yang lebih tertinggi", katanya.

 

 


Tag: