• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Terengganu FC Kejar Impian Piala FA

KUALA NERUS, 6 Ogos- Muhammad Rahadiazli Rahalim muncul watak utama dalam kemenangan 4-2 Terengganu Football Club (Terengganu FC) ke atas Selangor FC dalam aksi separuh akhir Piala FA 2022, sebentar tadi.

Penjaga gol bawah 23 tahun kebangsaan itu menyelamatkan dua sepakan penalti lawan untuk membawa pasukannya menempah tiket ke perlawanan akhir selepas kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 pada 90 minit permainan sebenar.

Dalam perlawanan tersebut, lebih 30,000 penyokong yang hadir menyaksikan aksi berintensiti tinggi dipamerkan kedua-dua pasukan seawal permainan dimulakan.

Selangor FC membuka tirai jaringan menerusi Mohd Nor Hakim Hassan pada minit ke-23.

Terengganu FC kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-48 menerusi jaringan solo Mohd Faisal Halim.

Ketandusan tambahan jaringan dalam 120 minit perlawanan memaksa pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti.

Pemain antarabangsa Filipina, Manuel Ott gagal menyempurnakan penalti apabila sepakannya hanya menggegarkan palang gol.

Namun, aksi 'heroic' Rahadiazli menyelamatkan sepakan penalti Aliff Haiqal Lokman dan Yazan Al-Arab melayakkan Terengganu FC bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di pentas akhir Piala FA.

 


Tag: