• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Terengganu FC I, II Mulakan Camp Base Training

KUALA TERENGGANU, 25 Mei- Pasukan Terengganu FC dan Terengganu FCII menjadi pasukan pertama yang memperolehi kebenaran melakukan latihan secara Camp Based Training di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Melalui kebenaran diberikan Malaysian Football League (MFL), kedua-dua pasukan itu akan 'berkampung' di Kem Pengakap Tengku Mohd Ismail, Gong Badak, bermula semalam.

Perkara ini selaras dengan pengumuman MFL pada 19 Mei lalu yang pasukan-pasukan  dalam hanya dibenarkan menjalani sesi latihan secara Camp Based Training sepanjang penguatkuasaan PKP dilaksanakan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan dalam kenyataannya memaklumkan, kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu merupakan usaha mengekang penularan wabak COVID-19 yang semakin serius di negara ini.

Terdahulu, pemain-pemain Terengganu FC, Terengganu FCII dan pegawai-pegawai pasukan menerima suntikan vaksin sebagai persediaan menjalankan sesi latihan secara Camp Based Training, dua hari lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC Sdn. Bhd., Ab Rasid Jusoh menyatakan, semua pegawai dan pemain diberi kebenaran khas mengambil vaksin terlebih dahulu bagi memenuhi kehendak MFL bagi meneruskan latihan berdasarkan campbase training melalui gelembong sukan setelah mendapat kebenaran kerajaan (KKM & MKN) mengadakan latihan.


Tag: