• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Terengganu Hijab Day Pupuk Kesedaran Menutup Aurat

DUNGUN, 2 Februari -Penganjuran Terengganu Hijab Day (THD) oleh kerajaan Terengganu seharusnya diteruskan tahun-tahun mendatang kerana ianya mampu menyuntik kesedaran umat Islam untuk menutup aurat sepertimana yang dituntut syariat. 

Ahli Jawatankuasa Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu, Rugayah Mahmood berkata, beliau sangat menyokong penganjuran tersebut berkata ia dapat mengingatkan golongan hawa yang mudah terpengaruh dengan fesyen barat dan k-pop yang lari daripada syariat Islam. 

"Islam tidak menghalang kita berfesyen tetapi pakaian yang menutup aurat dalam erti kata sebenar, kalau berhijab mestilah menutup dada dan pakaiannya hendaklah tidak ketat," katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Rugayah juga turut menasihati golongan wanita agar sentiasa mengingati diri bahawa kehidupan ini ada akhirnya iaitu mati.

"Jadi setiap apa yang dilakukan termasuk makan pakai kita akan diberi dosa dan pahala oleh Allah, jadi dalam ikut fesyen 'up-to-date' sesuaikan dengan patuh syariah," katanya. 


Tag: