• 13 Mei 2024 | 5 Zulkaedah 1445

Terengganu Istiqamah Bangunkan Ummah


 Tetamu yang memeriahkan Program Bicara Profesional Menelusuri Sejarah Peradaban Batu Bersurat di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim

Kerajaan negeri akan terus istiqamah dalam usaha membangunkan ummah dan meningkatkan syiar Islam berpandukan kerangka Maqasid Syariah.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong  berkata,  penyusunan segala dasar dan perancangan berpandukan kerangka itu yang mementingkan pemeliharaan lima aspek manusia.

Katanya, lima aspek iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta menjadi pegangan..inilah usaha dan iltizam  kerajaan yang amanah dan bertanggungjawab dahulu sehingga sekarang.

"Ini dapat kita lihat dalam perkembangan mutakhir yang menampakkan kecenderungan masyarakat  yang semakin meningkat dalam mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan agama,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Bicara Profesional Menelusuri Sejarah Peradaban Batu Bersurat di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Siri bicara anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri  dan Lembaga Muzium Negeri  Terengganu itu disampaikan oleh pensyarah Pusat Pengajian Lanjutan Islam, Sains dan Tamadun Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Dr. Zainiy Uthman.

Dr Zainiy  mengupas nilai autentik Batu Bersurat dari pelbagai sudut keilmuan yang membuktikan kegemilangan Terengganu suatu masa dahulu.




Tag: