• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Terengganu Kekal Rekod Cemerlang STPM

KEMAMAN, 18 Ogos- Terengganu meneruskan rekod cemerlang dalam pencapaian Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) setelah mencatatkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.03, memperbaiki catatan PNGK 3.02 pada tahun lalu.

Keputusan itu menyaksikan negeri Terengganu turut mengatasi PNGK kebangsaan, 2.96. 

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah Jabtan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Azman Othman berkata, seramai 64 daripada 2,098 pelajar memperolehi semua A dengan PNGK 4.00.

"Sebanyak 39 daripada 45 buah sekolah mengatasi PNGK kebangsaan, berbanding 40 buah sekolah tahun lalu.

"Namun, 43 buah sekolah lulus penuh 100 peratus berbanding 41 buah sekolah tahun lalu," katanya ketika mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Abdul Muie Ngah mengumumkan keputusan STPM Terengganu 2021 di Sekolah Menengah Kebangsaan Suktan Ismail, di sini hari ini.

Tambahnya, keputusan tahun ini juga menyaksikan calon luar bandar merekodkan kecemerlangan dengan PNGK 3.09, berbanding calon bandar pada PNGK 2.96.

Dalam majlis tersebut, Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin dinobatkan sekolah terbaik dalam STPM dengan PNGK 3.52 selain mencapai 27.03 peratus bagi keputusan semua A penuh dan semua A tertinggi.

Manakala, daerah Besut menjadi daerah terbaik dengan catatan PNGK 3.19 mengatasi PNGK kebangsaan pada 2.79.


Tag: