lightning-solid
Berita :
Terengganu Kembali Banjir, 3 PPS dibuka
Terengganu Kembali Banjir, 3 PPS dibuka
Mastura Jamal Din
8 jam yang lepas
306

KUALA TERENGGANU, 26 Disember - Terengganu kembali dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak awal pagi dengan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di tiga daerah.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan memaklumkan setakat ini, 106 mangsa banjir daripada 24 keluarga berlindung di tiga PPS di Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun.

Di Kuala Terengganu, sebuah PPS telah dibuka di  Sekolah Kebangsaan Chendering yang menempatkan 61 mangsa terdiri dari 14 keluarga.

Manakala di Kuala Nerus pula, seramai 29 mangsa dari lapan keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot.

Sementara itu di Dungun, di PPS Dewan Sivik Kampung Seberang Pintasan menempatkan 13 mangsa yang terdiri dari dua keluarga. 

Menurut kenyataan itu lagi, jumlah mangsa banjir dijangka terus meningkat berikutan beberapa kawasan di negeri ini masih dilanda hujan.

Dalam masa sama, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu hingga 29 Disember ini (Isnin).



Tag :

Artikel Berkaitan