• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Terengganu Laksana Solat Tanpa Penjarakan Bermula 1 April

KUALA TERENGGANU, 20 Mac - Solat Jumaat dan berjemaah tanpa penjarakan fizikal dibenarkan di semua surau dan masjid di Terengganu selaras dengan negara memasuki Fasa Peralihan Endemik pada 1 April ini.

Kebenaran merapatkan saf itu sudah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan berdasarkan pelaksanaan garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, jemaah tidak perlu membawa sejadah sendiri ketika mengerjakan solat di masjid atau surau.

Berita lanjut menyusul.


Tag: