• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Terengganu Lindungi Hak TikTokers Bersuara

KUALA TERENGGANU, 16 Mac - Kerajaan negeri menyatakan komitmen melindungi kalangan anak muda yang rata-ratanya menggunakan aplikasi TikTok untuk bersuara menyatakan pelbagai pandangan berfakta.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri menyatakan kebersamaan dengan anak muda tersebut sebagai jaminan untuk terus aktif menyebarkan kebenaran dalam berhadapan cabaran semasa.

"Saya dan seluruh rakan-rakan bersama dengan anda semua, jika ada mereka yang menghadapi tentangan dan sebagainya jangan simpan, maklumkan masalah yang dihadapi itu kerana kita ada cara tersendiri serta ruang untuk kita (kerajaan) bantu.

"(Asalkan) apa yang ditulis, dikeluarkan oleh tuan-tuan itu bukan bahan yang berunsur fitnah dan berita palsi, insya-Allah kita akan cuba yang terbaik untuk memastikan kebajikan dan keharmonian para ;'TikTokers' untuk terus berperanan menyampaikan pandangan, kita sama-sama jaga, insya-Allah,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan tikTokers Terengganu, di Paya Bunga Hotel, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah.

Mengulas lanjut, Dr Samsuri berkata sebelum ini Pakatan Harapan (PH) kononnya meraikan kebebasan bersuara sehingga diraikan mereka yang bercakap tentang lesbian, gay, biseksual, trasgender (LGBT).

"Bermacam-macam suara (timbul) di atas pelbagai perkara yang bertetangan (dengan adat dan agama) yang akhirnya diberikan ruang kepada semua tetapi tidak kepada saudara saudari (TikTokers).

"Sangat bertentangan supaya kita (Perikatan Nasional) tidak boleh mencapai kemenangan, ini orang yang lemah sifatnya,"ujarnya.

Mengenai usaha anak muda menguasai Twitter, katanya anak muda perlu memiliki jiwa yang kental.

"Semangat kena kuat, jangan mudah koyak tanpa kita nafikan bahawa untuk memastikan semua bersetuju dan memberikan sokongan adalah mustahil.

"... Tidak semua perkara perlu dijawab dan dilayan, ada yang perlu disindir atau dengan pelbagai cara manakalah ada yang perlu dijawab secara berfakta, kerana itu perlu ada pengetahuan dan memiliki kreativiti,"ujarnya lagi.