lightning-solid
Berita :
Terengganu Mahu Perkenalkan Aktiviti 'Night Life' Perkukuh Daya Tarikan Pasar Payang
Terengganu Mahu Perkenalkan Aktiviti 'Night Life' Perkukuh Daya Tarikan Pasar Payang
Adli Mohamad
12 Nov 25
214

KUALA TERENGGANU, 13 November - Kerajaan negeri bercadang memperkenalkan aktiviti 'night life' bagi memperkukuh daya tarikan Pasar Kedai Payang untuk menjadikannya destinasi pelancongan berimpak tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, pihaknya kini sedang mengadakan perbincangan bersama dengan peniaga-peniaga bagi meneliti kaedah terbaik untuk melaksanakan operasi perniagaan pada waktu malam.

"Dalam masa yang sama kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mempunyai perancangan untuk membangunkan 'Payang Central' yang terletak berhampiran Pasar Kedai Payang.

"Projek ini bakal menempatkan sebuah jeti utama yang berfungsi sebagai hab perkhidmatan bot pelancong termasuk laluan ke pulau-pulau peranginan seperti Pulau Redang, Pulau Lang Tengah dan Pulau Bidong,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika sesi penggulungan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.

Mengulas lebih lanjut, Razali berkata dengan adanya 'Payang Central' ia akan menjadi jeti utama bagi Daerah Kuala Terengganu.

"Sekali gus membolehkan penyelarasan jeti-jeti sedia ada demi memastikan pengurusan pelancongan marin yang lebih tersusun, selamat dan efisien,"jelasnya.


Tag :

Artikel Berkaitan