• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Terengganu Perkasa Prinsip 3P

Ahmad Razif ketika berucap pada Majlis  Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan  Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu. Foto oleh Harish Fazillah Kassim 
Seluruh kepimpinan UMNO Terengganu akan berganding bahu dalam usaha memperkasakan tiga prinsip bagi memastikan rakyat negeri ini terus memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke -14.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman,  keutamaan di Terengganu ialah mencipta lebih banyak cerita kejayaan menangani isu 3P iaitu Pekerjaan, Perumahan dan meningkatkan Pendapatan.

“Semua ini kami tidak boleh berjaya sekiranya kami tiada satu lagi p iaitu  perpaduan.
“Marilah bersama-sama saya dan kepimpinan UMNO mencipta cerita kejayaan dengan prinsip 3P ini bagi mengulangi sejarah kemenangan UMNO dahulu, sekali gus memastikan kesemua DUN dan Parlimen Terengganu kembali ke tangan BN,” katanya,

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan  Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM)  di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong serta barisan kepimpinan politik negeri.


Mesyuarat itu dirasmikan Naib Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tag: