• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Terengganu Salur RM1.3 Juta Bantu Pelarian Yaman

KUALA TERENGGANU,16 Mac - Sejumlah RM1.3 juta disumbangkan kerajaan negeri khusus untuk membantu pelarian di negara Yaman melalui pelbagai program yang diadakan sepanjang dua tahun bermula 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, konflik yang tercetus sejak akhir tahun 2014 itu telah mengorbankan puluhan ribu nyawa manakala jumlah pelarian pula semakin meningkat 

Katanya, oleh kerana itu misi bantuan kemanusiaan ke negara berkenaan telah diadakan sebanyak empat fasa bermula Mac 2020 sehingga Januari 2022.

"Bertujuan membantu pelarian bagi mendapat bantuan dari segi kepeluan asasi harian, insya-Allah semoga program yang diadakan selama ini dapat membela nasib semua pelarian ini  dalam meneruskan kehidupan mereka," ujarnya dalam satu kenyataan di Facebooknya semalam selepas menerima kunjungan 'Yemen Care From Malaysia'.

Katanya, kunjungan yang diketuai oleh Pengarah Yaman Care, Saifullah Hasbu itu adalah bagi menghantar laporan yang telah dijalankan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbabit kepada beliau.

Terdahulu, perkembangan semasa mengenai konflik di Yaman menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) kelmarin, mengumumkan seramai 10,200 kanak-kanak telah terbunuh serta cedera dalam konflik yang telah tercetus sejak tujuh tahun lalu di Yaman.

"Jumlah sebenar mungkin jauh lebih tinggi. Susulan konflik memuncak pada 2021, keganasan terus meningkat tahun ini dan seperti biasa, kanak-kanak adalah yang paling menderita," lapor Xinhua memetik kenyataan Wakil UNICEF ke Yaman, Philippe Duamelle.

Menurutnya 47 kanak-kanak yang dilaporkan selain terbunuh atau cedera itu kebanyakkan mereka mengalami kecacatan.

Menurut rekod,keganasan, kesengsaraan dan kesedihan yang telah menjadi rutin biasa di Yaman akibat perang saudara sejak Houthi menguasai sebahagian besar negara terbabit dan merampas semua Wilayah Utara termasuk Bandar Raya Sanaa pada 2014 ramai pejuang kemanusaiaan mahukan ia dihentikan menerusi penyelesaian politik yang berkekalan, perlu dilaksanakan segera.

 


Tag: