lightning-solid
Berita :
Terengganu Terima Usul Pertambahan Sembilan Kerusi DUN
Terengganu Terima Usul Pertambahan Sembilan Kerusi DUN
Mohd Irsyadi Abu Bakar
14 Nov 25
1109

KUALA TERENGGANU, 14 November - Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini, meluluskan Usul Pelaksanaan Kajian Semula atau Pindaan Persempadanan Kawasan dan Pertambahan Kerusi bagi DUN di Negeri Terengganu.

Usul tersebut dicadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Dato' Ariffin Deraman dalam persidangan terakhir Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga DUN Kelima Belas (Bajet) dan disokong oleh ADUN Sura, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi serta mendapat sokongan sebulat suara dewan tanpa perbahasan.

Dalam cadangannya, Ariffin turut menyebut berkenaan pertambahan sembilan kerusi DUN Negeri Terengganu. Namun, cadangan pertambahan itu masih belum diperincikan dan dijangka akan dikemukakan dalam persidangan akan datang.

Berdasarkan rekod, setakat ini Bilangan Pilihan Raya Persekutuan bagi negeri Terengganu adalah sebanyak lapan bahagian, manakala Bahagian Pilihan Raya Negeri pula sebanyak 32 bahagian

WhatsApp Image 2025-11-13 at 11.10.49.jpeg 121.41 KB
Jumlah tersebut telah diperuntukkan semasa urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Kali Ketiga yang dijalankan pada tahun 1984. 

Semenjak itu, tiada sebarang pertambahan mahupun pengurangan kerusi, walaupun terdapat pindaan sempadan ke atas beberapa bahagian pilihan raya dilaksanakan dalam urusan kajian semula persempadanan pada tahun 1994 dan 2003.

Bahagian-bahagian pilhan raya itu telah digunakan sejak Pilihan Raya Umum ke-7 pada tahun 1986 hingga PRU ke-15 pada tahun 2022.




Tag :

Artikel Berkaitan