• 16 Apr 2024 | 7 Syawal 1445

Terharu Terima Sumbangan Katil

DUNGUN, 6 Oktober-“Di dalam keadaan dirinya yang terlantar sekarang, katil khas ini merupakan sumbangan paling bermakna buat adik saya,” kata Misalina Ramli.

Dia yang merupakan kakak kepada Muhammad Shafa Ramli,31,berkata pergerakkan adiknya itu terbatas akibat patah tulang belakang selepas terjatuh dari bumbung semasa membaiki sebuah rumah di Manir.

"Adik saya tinggal bersendirian di Manir dan bekerja sebagai tukang rumah. Akibat kemalangan itu dia dimasukkan ke hospital pada pertengahan September bagi menjalani rawatan.

"Muhammad Shafa terlantar sakit dan terbatas pergerakan setelah keluar dari hospital, pada awalnya saya tidak mengetahui apa yang terjadi kepada dia (Shafa) kerana tinggal bersendirian di Manir setelah kematian ibu bapa sehinggalah saya dimaklumkan mengenai keadaan adik saya itu, terus saya bersedia untuk menjaganya. Terima kasih kepada Ustaz Ghazali kerana datang segera setelah saya mengadu hal tersebut. Sangat-sangat saya hargailah kerana memudahkan setiap orang yang memerlukan bantuan seperti adik saya ini," ujarnya kepada pemberita selepas majlis penyerahan katil berkenaan oleh Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi,Ghazali Sulaiman, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Misalina turut berterima kasih diatas persetujuan pihak Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi bagi menghantar adiknya untuk memenuhi temujanji dengan pihak hospital bagi rawatan susulan.

"Dengan keadaan sakit yang dia alami ini risau juga nak bawa sebarangan, kerana melibatkan tulang belakang yang patah jadi memerlukan kenderaan yang sesuai untuk membawanya," ujar Misalina.

Sementara itu, Ghazali menzahirkan perasaan simpati diatas nasib yang menimpa Muhammad Shafa.

"Semoga bertabah dengan ujian yang dihadapi, apa-apa pun kita perlu yakin dengan kekuasaan Allah SWT yang mampu menyembuhkan penyakit dan derita yang dialami. Memandangkan Shafa ini masih muda Insya Allah akan segera sembuh cuma perlu pada sokongan keluarga, dan Misalina telah menunjukkan keteladanan yang baik dimana sanggup bertanggunjawab menjadi adiknya.

"Bagi meringankan lagi bebanan yang dialami saya telah pun melaporkan perkara ini kepada pihak Jabatan Kebajikan Masayakat (JKM) bagi mendapatkan bantuan yang selayaknya juga daripada Tabung Darul Iman (TDI)," ujarnya.


Tag: