• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

'Terima Kasih Kerana Menegur'

KUALA TERENGGANU, 31 Mac - Kerajaan negeri Terengganu sentiasa terbuka untuk menerima sebarang nasihat, teguran dan kritikan daripada semua pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah menyifatkan, sesiapa sahaja berhak untuk membuat teguran dan nasihat dalam menambah baik kepimpinan kerajaan negeri.

"Di samping itu, kami juga bersedia untuk bersemuka dan bertemu untuk mendengar penjelasan tentang satu-satu teguran.

"Namun, kami juga mengharap sesiapa yang memberi teguran atau nasihat supaya menemui mana-mana pimpinan Kerajaan serta bersedia dan berlapang dada untuk mendengar pencerahan dan penerangan daripada kami," jelasnya dalam satu hantaran di laman Facebooknya, semalam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung itu, keterbukaan pihak kerajaan negeri juga perlu diraikan oleh masyarakat di mana mereka juga perlu terbuka dalam mendengar penjelasan terhadap sesuatu isu.

"Ini kerana, tidak semestinya orang yang memberi teguran sentiasa betul dan tidak semestinya orang yang ditegur memang benar-benar salah. Tidakkah Allah SWT menyebut dalam surah al-Asr : "Berpesan-pesan dengan kesabaran dan berpesan-pesan dengan kebenaran," katanya.

 


Tag: