• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Tesdec Dan Pesaka Jalin Kerjasama

DUNGUN, 11 Ogos - Institusi pendidikan milik penuh kerajaan Negeri Terengganu, Tesdec Services Sdn Bhd telah menjalinkan kerjasama dengan Pesaka Trengganu Berhad dalam projek solar bagi tujuan kelestarian alam sekitar. 

Ketua Pegawai Eksekutif Tesdec Berhad, Mohd Iskandar Muhammad Aziz berkata, ianya juga akan memberi penjimatan dalam perbelanjaan utiliti termasuklah memberi manfaat kepada syarikat.

"Perjanjian ini juga adalah satu usaha di mana Tesdec Services Sdn Bhd akan memberi nilai tambah kepada Pesaka Trengganu Berhad dalam kemajuan dan pemasangan sistem PV solar di Pesaka serta kerjasama lain dalam mana - mana bidang berkaitan projek dari semasa ke semasa," ujarnya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Menandatangani Perjanjian Pemasangan Sistem Solar di antara Pesaka Trengganu Berhad dan Tesdec Services Sdn Bhd yang diadakan di Ulek Beach Resort, Dungun baru-baru ini. 

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pesaka Trengganu Berhad, Wan Hassan Mohd Ramli, Ahli Lembaga Pesaka Trengganu Berhad, Ghazali Sulaiman, Ahli Lembaga Tesdec Services Sdn Bhd, Dr Zakiyah Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Tesdec Berhad, Mohd Azrin Mohd Aris, Pengurus Besar Pesaka Trengganu Berhad, Hilmi Awang dan Pengurus Besar Tesdec Services Sdn Bhd,  Zulkifli Omar. 

Sementara itu, Wan Hassan berharap menerusi perjanjian ini akan merapatkan lagi hubungan baik kedua-dua pihak. 

"Ianya juga dapat memberikan manfaat dan impak yang positif diantara kedua - duanya," katanya. 

 


Tag: